Category Archives: Malaysia

KEPUTUSAN YANG MEMBIMBANGKAN SEMUA PIHAK

From:

KEPUTUSAN YANG MEMBIMBANGKAN SEMUA PIHAK

Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama.
Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan Jemaah Menteri ini sangatlah dikesali malah menimbulkan lebih banyak persoalan atau lebih tepat mengundang kontroversi!
Manifestasi kekesalan ini dizahirkan apabila lebih seratus NGO Islam dari seluruh negara berkumpul menyatakan bantahan mereka semalam (Jumaat).
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga melalui Timbalan Presidennya Musa Awang telah mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut. PGSM adalah NGO pertama yang menyuarakan kekesalan mereka.

Bagi memahami implikasi keputusan jemaah menteri ini beberapa perkara perlu diperincikan terlebih dahulu terutamanya kedudukan perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak. Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang terkesan daripada keputusan ini iaitu berkaitan dengan pembubaran perkahwinan, agama anak dan pemeliharaan Anak.

Pembubaran Perkahwinan
Di dalam perkahwinan sivil yang didaftarkan melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pembubaran perkahwinan hanya boleh berlaku jika perkahwinan itu telah pecahbelah dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Perkara ini termaktub di dalam seksyen 52 Akta tersebut. Seksyen 51 Akta yang sama pula menjelaskan jika salah seorang pasangan itu memeluk Islam, pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan menurut seksyen berkenaan selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam.

Ini bermakna petisyen perceraian atas alasan pemelukan agama Islam hanya boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk agama Islam sahaja.

Selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.

Jelaslah di sini ketidakadilan begitu ketara berlaku kepada pasangan yang memeluk Islam itu memandangkan beliau langsung tidak mempunyai locus standi (hak untuk mengambil tindakan atau mencabar keputusan) untuk memfailkan petisyen perceraian berdasarkan seksyen tersebut.

Namun Mahkamah Syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai 2 Butiran I Perlembagaan Persekutuan, boleh membuat penentuan sesuatu perkara mengenai hukum dan doktrin syarak. Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menepati semangat Perlembagaan Persekutuan ini dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah membuat penentuan mengikut hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut.

Seksyen 46(2) tersebut memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh Mahkamah. (Mahkamah di sini bermaksud mahkamah syariah).
Seolah-olah terdapat polemik di sini di mana kedua-dua mahkamah mempunyai bidangkuasa. Oleh yang demikian terdapatlah cadangan seksyen di atas ditiadakan bagi menyelesaikan kemelut ini. Tetapi sebenarnya bukan hanya seksyen tersebut sahaja perlu dipinda malah seksyen yang sama di negeri-negeri lain juga perlu dipinda dan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Namun lazimnya ia mungkin satu jalan yang tidak mudah untuk digapai.

Sebenarnya tatkala seseorang itu telah memeluk Islam sudah pasti Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada mualaf itu mengamalkan agamanya termasuklah undang-undang diri seperti munakahat (perkahwinan). Tindakan mengheret mualaf ini ke Mahkamah Sivil merupakan pelanggaran hak kebebasan beragama bagi mualaf ini.

Seorang yang sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t sudah tentu tidak mahu balik ke zaman jahiliyahnya kembali. Inilah hak yang perlu dipertahan oleh kerajaan dan bukan merobek hak ini atas alasan yang picisan yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

Membawa orang bukan Islam ke Mahkamah Syariah pula bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya orang bukan Islam enggan hadir ke Mahkamah Syariah atas alasan tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam. Sedangkan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah hanyalah membuat perisytiharan di sisi hukum syarak, mengenai apakah kedudukan perkahwinan tersebut sahaja.

Lalu amatlah tidak wajar mualaf ini dinafikan hak ini. Hakikatnya ialah sebahagian orang bukan Islam tidak mengiktiraf langsung kewujudan Mahkamah Syariah ini. Mereka tidak mahu membantu Mahkamah Syariah memberi keputusan yang adil. Mereka sanggup memberi keterangan di medan media tetapi tidak di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari system perundangan negara yang sah. Tidak ada seorangpun terutama atas nama “1 Malaysia” boleh memperlekehkan mahkamah Syariah.

Agama Anak
Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini mlwn Saravanan.
Di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Peruntukan Perkara 12(4) dan juga tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tersebut sebenarnya selaras dengan Hukum Syarak. Sebenarnya telah disepakati di kalangan ulamak bahawa apabila salah seorang ibubapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur mereka itu disifatkan sebagai Islam.
Ini adalah kerana anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, dan fitrah di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan kepada Al Maqasid Al Syariah. Terdapat lima al maqasid al syariah (objektif syariah) iaitu menjaga agama (hifz al din), nyawa (hifz al nafs), keturunan (hifz an nasab), akal (hifz al aql) dan harta (hifz al mal).
Bagi mencapai maqasid ini umat Islam dipertanggungjawabkan memelihara kelima-lima perkara ini termasuklah menjaga agama dan keturunan. Oleh yang demikian agama anak itu hendaklah mengikut mana-mana ibubapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima sekiranya al maqasid al syariah ini tidak dapat dicapai.

Alasan Nazri agar mengikut ‘common sense’ (logik akal) adalah terlalu dangkal. Dalam undang-undang kita tidak boleh berdasarkan logik akal semata kerana dikhuatiri akan lebih menjerumus kepada kepentingan yang berpihak. Ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan dan dihayati. Sebagai perbandingannya jika kita menggunakan ‘common sense’ tersebut, adakah kita boleh dianggap tidak melakukan kesalahan trafik apabila melanggar lampu isyarat merah atas alasan tiada kenderaan yang melintasi di hadapan kita? Walaupun pada “common sense” pemandu itu tidak bersalah tetapi undang-undang mempunyai falsafahnya tersendiri bagi mengawal kemaslahatan (kebaikan) sejagat. Apatah lagi ‘common sense’ yang dicetuskan oleh keputusan tersebut itu melanggar hukum syarak.

Keputusan jemaah menteri ini, tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan tafsiran yang dibuat dalam kes Subahsini.

Jemaah menteri juga sebagai badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (sama ada sivil ataupun syariah) apatah lagi mengganggu keputusan mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah.

Seharusnya segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani permasalahan ini dan bukan melalui campur tangan eksekutif yang secara langsung merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan tersebut.

Pemeliharaan Anak
Mengenai pemeliharaan anak pula. Sudah menjadi amalan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Di dalam memutuskan hak jagaan anak sudah tentulah faktor mengenai kebajikan anak ini di titikberatkan. Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan akidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut. Perkara sebegini boleh diputuskan oleh Mahkamah. Hak memelihara anak ini biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan dan kebajikan anak.

Namun apa yang berlaku ialah masyarakat bukan Islam atas sebab-sebab tertentu terlalu takutkan Mahkamah Syariah dan menganggap Mahkamah Syariah hanya mempertahankan hak orang Islam sahaja. Sudah dibuktikan di dalam beberapa kes di Mahkamah Syariah, keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie tidak memihak kepada orang Islam semata-mata tetapi memihak kepada keadilan.

Berbalik kepada keputusan jemaah menteri seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan media hari ini, amat jelas keputusan tersebut gagal mempertahankan kelebihan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Keputusan tersebut menyamatarafkan Islam dengan agama-agama lain dan perkara ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.

NGO-NGO Islam juga mempersoalkan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat itu langsung tidak mengambil kira pandangan NGO-NGO Islam. Dalam masa yang sama pula pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan NGO bukan Islam mengenai kes yang tersebut di atas.

Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan NGO Islam (yang berjumlah hampir 100 pertubuhan) dilakukan bagi mendapat pandangan mereka sebelum keputusan dibuat.

Malah ada beberapa NGO Islam cuba untuk bertemu dengan kepimpinan kerajaan tetapi tidak dapat direalisasikan. Seharusnya pihak kerajaan lebih peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya masyarakat saudara baru. Suara mereka harus didengar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan yang membabitkan mereka dibuat. Hak mereka untuk didengar (audi alteram partem) oleh pimpinan kerajaan sudah tiada lagi. Dimanakah audi alteram partem itu?

Justeru untuk memberikan kebaikan kepada semua pihak adalah lebih baik kepada kerajaan supaya menarik keputusan berhubung kes Mohd. Ridzuan ini. Lebih-lebih lagi bagi memelihara keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama ini.

Ini kerana jika dilaksanakan juga, diyakini ia akan berlarutan dan tidak menemukan jalan penyelesaian secara tuntas apabila secara terang keputusan itu begitu bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak selaras dengan keputusan kes Subahsini sebelum ini.

Malah jika bercakap soal kemanusiaan, pastinya si ibu yang masih beragama Hindu itu akan lebih menikmati keadilan dan haknya sebagai seorang ibu tidak akan dinafikan. Ini kerana sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 256 yang bermaksud;

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Malah jika kerajaan mengambil pendekatan untuk berbincang dan berkerjasama dengan para ulama, pakar perundangan Islam sehinggalah termasuk NGO-NGO berkaitan pasti kerajaan tidak perlu bersusah payah sehingga perlu melakukan sebarang pindaan terhadap undang-undang apa tah lagi membabitkan Undang-undang Syarie.

Ditulis oleh Zainul Rijal Abu Bakar, penulis adalah Setiausaha Agong Peguam Pembela Islam.

***.***.***

* Bekas Mufti Perak, Dr Asri Zainul Abidin, turut memberi pandangnya di sini.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu anhuma, katanya: “Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah.”

(Muttafaq ‘alaih)

Arak Haram di Pesawat India, Halal di Pesawat Malaysia

A reader’s letter to Harakah print dated 10-12 Syawal / 10-12 October 2008.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu anhuma, katanya: “Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah.”

(Muttafaq ‘alaih)

60 Tahun Nakbah Palestin!!

Hanif Bin Mohamad Salleh@

Untuk mengetahui keadaan terkini di Palestin, sila layari
palestinkini. info.

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel
sejak 15hb Mei 1948)

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi
sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar
prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah
Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah
diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini
berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh
rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin
secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting
tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-
orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin
yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan
tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang
berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan
Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat
oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan
pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya
dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896.
Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya
yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah
pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak
langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa
menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb
November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk
mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini
merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia
kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan
angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk
bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan
penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik
yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin.
Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada
dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang
Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa
di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu
tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa
Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan
pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua
buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan
duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang
dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan `Ketetapan 181′ yang malang
pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin
kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan
tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu
untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan
penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan
isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka
mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB
telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta
cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang
berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia
kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam
sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB
demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu
perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka
dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka
diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu
hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan
mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap
ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini
dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah
mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British
mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila
Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei
1948.

Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman
pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir
lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang
daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu
yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum
perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta
terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat
Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April
1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-
orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan
PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar
dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu,
wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin
dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula
telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan
dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup
menceritakan, “Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara
saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan
senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha
terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah
perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang
telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang
telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya.
Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau
peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai
alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan
dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing
Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta
menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal
bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya
dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri
bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan
rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui
perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih
daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya
mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang
ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-
resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan
perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-
orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Enam Dekad Nakbah

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan
Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat
Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun
mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi.
Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 %
dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis
yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama
umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka
bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil
Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang
tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka
kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah
orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi
sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan
orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber
pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan
rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta
kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak
mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke
pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu
Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini.
Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah
semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan
masalah ini.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah
pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu.
Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam
sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin
terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai
holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel
ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh
yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus
dibiarkan begitu sahaja.

Peranan masyarakat antarabangsa

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat
memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan
kedaulatan di bumi mereka sediri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal
keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat
berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk
berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan
pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka
iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus
berpanjangan.

PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan
semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh
lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-
keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan
kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak
sekian lama.

Peranan umat Islam

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana
di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama
umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat
Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin
bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab
sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan
keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

masalah ini. Negara �negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu
terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang
tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Di Malaysia

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan
masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar
dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media
elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi
membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak
keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai
isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada
antarabangsa.

Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan
beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini?

Kebebasan akhbar: Malaysia ditangga 141 dari 195 negara di dunia

“SNakeKiller Sk” snak88iller@yahoo.com

Oleh Webmaster (KLpos.com)
Isnin, 05 Mei 2008

KL: Kajian antarabangsa baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar, kata Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, kajian yang diusahakan oleh Freedom House itu bermakna Malaysia tergolong dalam kategori “negara yang tidak bebas” bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya.

“Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun. Justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3hb Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

Jelas beliau, sikap kerajaan BN yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk Tsunami Politik lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional.

“Perdana Menteri sendiri telah mengakui kehebatan pejuang siber ini malangnya beliau tidak pula mengambil iktibar daripadanya. Tindakan pihak berkuasa menyoal siasat salah seorang penulis blogger terkenal dan seorang kolumnis akhbar The Sun di ambang Hari Kebebasan Media Sedunia menunjukkan kerajaan masih gagal memahami tuntutan massa,” katanya.

Menurutnya lagi, Kerajaan Barisan Nasional seharusnya maklum dengan arus globalisasi dan maklumat tanpa sempadan.

Apatah lagi negara ini telah merdeka lebih setengah abad. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka untuk turut serta membangunkan negara dan menikmati arus pembangunan tersebut.

“Justeru Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menggesa kerajaan jangan lagi menongkah arus. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan harus dikaji semula agar sesuai dengan kehendak zaman. Akta Kebebasan Maklumat hendaklah digubal segera sebagai langkah awal mewujudkan pentadbiran yang telus dan penuh pertanggungjawaban.

“Akhirnya, saya mewakili seluruh Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan, aktivis dan para pejuang siber yang tidak jemu-jemu berjuang menuntut kebebasan media. Saya harap usaha ini akan diteruskan bagi memastikan ruang demokrasi terus berkembang,” kata beliau.

Malaysian Education Promotion Centre, Are You Serious?

“Mohamed Fudzail” fudzail@gmail.com

Malaysian Education Promotion Centre, Are You Serious?

Last Friday, together with my son, I went to visit the four-day Gulf Education and Training Exhibition (GETEX) in Dubai, a leading education forum, which ended on Saturday. It was reported that over 29,000 visitors attended GETEX this year.

The forum, which was held at the Dubai International Convention and Exhibition Centre, hosted over 500 higher education providers, the majority from the UK and England.

Malaysia’s Ministry of Higher Education or Malaysian Education Promotion Centre had a booth. But the way you can check the both web sites and can judge how serious the ministry or MEPC in promoting Malaysia universities.

I have my own experience in dealing with our universities. Several friends in Dubai were interested to send their children to Malaysia for tertiary education in certain courses.

Being a good ‘ambassador’ of Malaysia to UAE, I contacted the relevant universities through their web sites. I had sent numerous emails for inquiries. There were either bounced (the email addresses not valid or full boxes were full) or no replies. Even, I sent to the VC offices but it turned out to be the same.

I have never received any official replies from all the inquiries submitted so far. A clean record till now.

Recently, I forwarded some inquiries to local MEPC office in Dubai and one of these friends gave up, frustrated and intimidated as he complained that the service was POOR.
Another one asked me, “Are you guys serious?” He had been following up but there was no end of waiting. All of them, not only those referred by me but by others as well, complained about the service. So far I have not received good feedbacks, it could be my friends were expecting higher level of services or my friends were not good enough to be our ‘client’.

One particular incident, the official there referred the inquiries to another company in Dubai which demanded some money as charges. And through a friend in the particular university, one of them managed to enrol without going through hassles.

It seems that we are wasting our money by having overseas offices. The official may have his or her own agendas. He or she may be not good enough to be our representative. For the sake of the nation’s pride, we demand better services or close these offices.

This year GETEX, our booth was insignificant in the sea of other countries participants. The brochures and goodies were also outdated. I am not sure on the responses from the other visitors as I had only spent few minutes.
I had a chat with one young guy from MPEC who has just recently been transferred to Dubai and he was approachable. I conversed in Bahasa Melayu but he replied in English. While others there seemed indifferent, it could be I was wearing BERSIH t-shirt.

Our education system is in the mess. No university listed in top 100 and thousands of local graduates are still unemployed. What is our selling point? Cheap and affordable?

Irrespective of the attendance, please upgrade your web site, MEPC.
A lot of excellent sites like
Netherlands
Germany
and various for UK, Canada and USA. An arabic version could be a good strategy but then again, even the English one needs to be revamped with better outlook and comprehensive information.

Interestingly, North Cyprus has an informative site for promoting its universities.

By the way, I was there to inquire for universities in UK, USA and Canada for my sons future paths. Decision has been made according to my sons’ career interests. Eldest in aviation and second is following his mum’s step to become another medical doctor in the family, while the youngest is still toying with ideas on becoming a Manchester United player.
It is by accidental not by choice that Malaysia universities are not in our list since long time ago.