Category Archives: Islam

KEPUTUSAN YANG MEMBIMBANGKAN SEMUA PIHAK

From:

KEPUTUSAN YANG MEMBIMBANGKAN SEMUA PIHAK

Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama.
Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan Jemaah Menteri ini sangatlah dikesali malah menimbulkan lebih banyak persoalan atau lebih tepat mengundang kontroversi!
Manifestasi kekesalan ini dizahirkan apabila lebih seratus NGO Islam dari seluruh negara berkumpul menyatakan bantahan mereka semalam (Jumaat).
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga melalui Timbalan Presidennya Musa Awang telah mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut. PGSM adalah NGO pertama yang menyuarakan kekesalan mereka.

Bagi memahami implikasi keputusan jemaah menteri ini beberapa perkara perlu diperincikan terlebih dahulu terutamanya kedudukan perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak. Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang terkesan daripada keputusan ini iaitu berkaitan dengan pembubaran perkahwinan, agama anak dan pemeliharaan Anak.

Pembubaran Perkahwinan
Di dalam perkahwinan sivil yang didaftarkan melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pembubaran perkahwinan hanya boleh berlaku jika perkahwinan itu telah pecahbelah dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Perkara ini termaktub di dalam seksyen 52 Akta tersebut. Seksyen 51 Akta yang sama pula menjelaskan jika salah seorang pasangan itu memeluk Islam, pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan menurut seksyen berkenaan selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam.

Ini bermakna petisyen perceraian atas alasan pemelukan agama Islam hanya boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk agama Islam sahaja.

Selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.

Jelaslah di sini ketidakadilan begitu ketara berlaku kepada pasangan yang memeluk Islam itu memandangkan beliau langsung tidak mempunyai locus standi (hak untuk mengambil tindakan atau mencabar keputusan) untuk memfailkan petisyen perceraian berdasarkan seksyen tersebut.

Namun Mahkamah Syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai 2 Butiran I Perlembagaan Persekutuan, boleh membuat penentuan sesuatu perkara mengenai hukum dan doktrin syarak. Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menepati semangat Perlembagaan Persekutuan ini dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah membuat penentuan mengikut hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut.

Seksyen 46(2) tersebut memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh Mahkamah. (Mahkamah di sini bermaksud mahkamah syariah).
Seolah-olah terdapat polemik di sini di mana kedua-dua mahkamah mempunyai bidangkuasa. Oleh yang demikian terdapatlah cadangan seksyen di atas ditiadakan bagi menyelesaikan kemelut ini. Tetapi sebenarnya bukan hanya seksyen tersebut sahaja perlu dipinda malah seksyen yang sama di negeri-negeri lain juga perlu dipinda dan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Namun lazimnya ia mungkin satu jalan yang tidak mudah untuk digapai.

Sebenarnya tatkala seseorang itu telah memeluk Islam sudah pasti Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada mualaf itu mengamalkan agamanya termasuklah undang-undang diri seperti munakahat (perkahwinan). Tindakan mengheret mualaf ini ke Mahkamah Sivil merupakan pelanggaran hak kebebasan beragama bagi mualaf ini.

Seorang yang sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t sudah tentu tidak mahu balik ke zaman jahiliyahnya kembali. Inilah hak yang perlu dipertahan oleh kerajaan dan bukan merobek hak ini atas alasan yang picisan yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

Membawa orang bukan Islam ke Mahkamah Syariah pula bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya orang bukan Islam enggan hadir ke Mahkamah Syariah atas alasan tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam. Sedangkan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah hanyalah membuat perisytiharan di sisi hukum syarak, mengenai apakah kedudukan perkahwinan tersebut sahaja.

Lalu amatlah tidak wajar mualaf ini dinafikan hak ini. Hakikatnya ialah sebahagian orang bukan Islam tidak mengiktiraf langsung kewujudan Mahkamah Syariah ini. Mereka tidak mahu membantu Mahkamah Syariah memberi keputusan yang adil. Mereka sanggup memberi keterangan di medan media tetapi tidak di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari system perundangan negara yang sah. Tidak ada seorangpun terutama atas nama “1 Malaysia” boleh memperlekehkan mahkamah Syariah.

Agama Anak
Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini mlwn Saravanan.
Di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Peruntukan Perkara 12(4) dan juga tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tersebut sebenarnya selaras dengan Hukum Syarak. Sebenarnya telah disepakati di kalangan ulamak bahawa apabila salah seorang ibubapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur mereka itu disifatkan sebagai Islam.
Ini adalah kerana anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, dan fitrah di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan kepada Al Maqasid Al Syariah. Terdapat lima al maqasid al syariah (objektif syariah) iaitu menjaga agama (hifz al din), nyawa (hifz al nafs), keturunan (hifz an nasab), akal (hifz al aql) dan harta (hifz al mal).
Bagi mencapai maqasid ini umat Islam dipertanggungjawabkan memelihara kelima-lima perkara ini termasuklah menjaga agama dan keturunan. Oleh yang demikian agama anak itu hendaklah mengikut mana-mana ibubapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima sekiranya al maqasid al syariah ini tidak dapat dicapai.

Alasan Nazri agar mengikut ‘common sense’ (logik akal) adalah terlalu dangkal. Dalam undang-undang kita tidak boleh berdasarkan logik akal semata kerana dikhuatiri akan lebih menjerumus kepada kepentingan yang berpihak. Ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan dan dihayati. Sebagai perbandingannya jika kita menggunakan ‘common sense’ tersebut, adakah kita boleh dianggap tidak melakukan kesalahan trafik apabila melanggar lampu isyarat merah atas alasan tiada kenderaan yang melintasi di hadapan kita? Walaupun pada “common sense” pemandu itu tidak bersalah tetapi undang-undang mempunyai falsafahnya tersendiri bagi mengawal kemaslahatan (kebaikan) sejagat. Apatah lagi ‘common sense’ yang dicetuskan oleh keputusan tersebut itu melanggar hukum syarak.

Keputusan jemaah menteri ini, tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan tafsiran yang dibuat dalam kes Subahsini.

Jemaah menteri juga sebagai badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (sama ada sivil ataupun syariah) apatah lagi mengganggu keputusan mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah.

Seharusnya segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani permasalahan ini dan bukan melalui campur tangan eksekutif yang secara langsung merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan tersebut.

Pemeliharaan Anak
Mengenai pemeliharaan anak pula. Sudah menjadi amalan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Di dalam memutuskan hak jagaan anak sudah tentulah faktor mengenai kebajikan anak ini di titikberatkan. Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan akidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut. Perkara sebegini boleh diputuskan oleh Mahkamah. Hak memelihara anak ini biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan dan kebajikan anak.

Namun apa yang berlaku ialah masyarakat bukan Islam atas sebab-sebab tertentu terlalu takutkan Mahkamah Syariah dan menganggap Mahkamah Syariah hanya mempertahankan hak orang Islam sahaja. Sudah dibuktikan di dalam beberapa kes di Mahkamah Syariah, keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie tidak memihak kepada orang Islam semata-mata tetapi memihak kepada keadilan.

Berbalik kepada keputusan jemaah menteri seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan media hari ini, amat jelas keputusan tersebut gagal mempertahankan kelebihan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Keputusan tersebut menyamatarafkan Islam dengan agama-agama lain dan perkara ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.

NGO-NGO Islam juga mempersoalkan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat itu langsung tidak mengambil kira pandangan NGO-NGO Islam. Dalam masa yang sama pula pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan NGO bukan Islam mengenai kes yang tersebut di atas.

Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan NGO Islam (yang berjumlah hampir 100 pertubuhan) dilakukan bagi mendapat pandangan mereka sebelum keputusan dibuat.

Malah ada beberapa NGO Islam cuba untuk bertemu dengan kepimpinan kerajaan tetapi tidak dapat direalisasikan. Seharusnya pihak kerajaan lebih peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya masyarakat saudara baru. Suara mereka harus didengar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan yang membabitkan mereka dibuat. Hak mereka untuk didengar (audi alteram partem) oleh pimpinan kerajaan sudah tiada lagi. Dimanakah audi alteram partem itu?

Justeru untuk memberikan kebaikan kepada semua pihak adalah lebih baik kepada kerajaan supaya menarik keputusan berhubung kes Mohd. Ridzuan ini. Lebih-lebih lagi bagi memelihara keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama ini.

Ini kerana jika dilaksanakan juga, diyakini ia akan berlarutan dan tidak menemukan jalan penyelesaian secara tuntas apabila secara terang keputusan itu begitu bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak selaras dengan keputusan kes Subahsini sebelum ini.

Malah jika bercakap soal kemanusiaan, pastinya si ibu yang masih beragama Hindu itu akan lebih menikmati keadilan dan haknya sebagai seorang ibu tidak akan dinafikan. Ini kerana sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 256 yang bermaksud;

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Malah jika kerajaan mengambil pendekatan untuk berbincang dan berkerjasama dengan para ulama, pakar perundangan Islam sehinggalah termasuk NGO-NGO berkaitan pasti kerajaan tidak perlu bersusah payah sehingga perlu melakukan sebarang pindaan terhadap undang-undang apa tah lagi membabitkan Undang-undang Syarie.

Ditulis oleh Zainul Rijal Abu Bakar, penulis adalah Setiausaha Agong Peguam Pembela Islam.

***.***.***

* Bekas Mufti Perak, Dr Asri Zainul Abidin, turut memberi pandangnya di sini.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu anhuma, katanya: “Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah.”

(Muttafaq ‘alaih)

Constructing Synagogue Near al-Aqsa Mosque

“Aqsa Jihad Fisabeelillah*” bakka.makka@gmail.com

Bismillah Hir Rahmaan Nir Raheem
Assalamau alaykum wa rahmatuallahi wa barakatuhu

OIC Denounces Constructing Synagogue near al-Aqsa Mosque by Israel

JEDDAH, October 13, 2008, (WAFA)- Secretary general of the Organization of the Islamic Conference (OIC), Ekmeliddin Ihsanoglu, denounced Monday the Israeli breach of constructing a Synagogue on Islamic-originated land.

In a press release issued today, Ihsanoglu said that constructing the synagogue adjacent to the Holy Aqsa Mosque is a big assault against the place where prophet Mohammed (PBUH) was blessed.

‘Such vicious step is breaching the international law and Geneva accords according to which the occupying country has no right in attacking the holy places in the lands it occupies’, he added angrily.

Surah Isra 17 verse 80 Say: “O my Lord! let my entry be by the Gate of Truth and Honor and likewise my exit by the Gate of Truth and Honor; and grant me from Thy Presence an authority to aid (me).”

Ameen
Transliteration :Wa qur rabbi adkhilni mudkhala sidqiw wa akhrijni mukhraja sidqiw wa-j’al li mil ladunka sulta_nan nasira_(n).

Al-Tirmidhi HadithHadith 2482 Narrated by AbuHurayrah (May Allah be pleased with him)
Allah’s Messenger (peace be upon him) used to say, ” O Allah, grant me benefit in what Thou hast taught me, teach me what will benefit me, and increase my knowledge. Praise be to Allah in all circumstances. I seek refuge in Allah from the state of those who go to Hell.”
Tirmidhi and Ibn Majah transmitted it, Tirmidhi saying this is a tradition whose isnad is gharib.

Ameen

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu anhuma, katanya: “Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah.”

(Muttafaq ‘alaih)

PAS tetap berpegang kepada Islam – Dr Mariah

“Nawawi Mustafa” lot3137@yahoo.com

Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | May 13, 08 | 10:55:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) – PAS tetap berpegang kepada konsep Islam dan tidak lari dari konsep Islam, tegas Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).

“PAS masih berkonsepkan Islam dan tidak lari dari konsep Islam,” tegas beliau.

Mengenai konsep yang dikemukakan oleh PAS dalam pilihan raya baru-baru ini, iaitu amanah, adil dan berkebajikan, beliau menjelaskan konsep itu adalah terjemahan dari konsep Islam yang dipegang oleh PAS.

Dr Siti Mariah, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mencadangkan supaya dirangka strategi untuk membalas budi suri-suri rumah.

Beliau mencadangkan supaya diwujudkan skim seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso kepada mereka

“Wang boleh disumbangkan oleh suami atau kerajaan,” katanya.

Beliau menyeru semua Ahli Parlimen supaya memberikan sokongan jika penghargaan sedemikian dicadangkan untuk suri-suri rumah.

Sambil memperingatkan bahawa tugas sebagai suri rumah adalah kerja mulia, beliau juga menyeru supaya diberi tempat yang sewajarnya kepada suri-suri rumah.

“Mereka adalah peyumbang produktiviti negara kerana merekalah yang membesarkan modal insan,” tegas beliau.

Sumbangan mereka tidak boleh diukur (intangible) dan tidak cukup ‘lip service’ sahaja, katanya.

Dr Siti Mariah juga mengulangi seruan PAS selama ini supaya subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda.

Sambil menyatakan hasil kajian yang membuktikan bahawa ilmu-ilmu abstrak seperti Sains dan Matematik lebih berkesan jika diajar dalam bahasa ibunda, beliau mengingatkan kerajaan supaya menghentikan “double jeorpady” terhadap murid-murid yang dipaksa belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, terutama murid-murid yang mempunyai ibubapa yang tidak tahu Bahasa Inggeris.

Beliau juga menyatakan kebimbangannya terhadap tindakan menswastakan perkhidmatan kesihatan.

Walaupun kerajaan mendakwa hospital-hospital kerajaan tidak akan diswastakan, katanya, tetapi bekalan ubat-ubatan, perkhidmatan jururawat, ambulan dan perkhidmatan doktor pakar telah diswastakan.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu anhuma, katanya: “Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah.”

(Muttafaq ‘alaih)

Cartoon time – True color of the Terrorist: Mr Islam

“Islahonline” islahonline@gmail.com

StudioBendib, All rights reserved. For more
Bendib cartoons, click www.bendib.com

Islahonline

__._,_

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu anhuma, katanya: “Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah.”

(Muttafaq ‘alaih)

Islamophobia : Storming of Illinois ‘Mosque’ Sends Wrong Message

muslim@

http://musliminsuff er.wordpress. com/

bismi-lLahi- rRahmani- rRahiem
In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful

=== News Update ===

CAIR: Storming of Illinois ‘Mosque’ Sends Wrong Message

Posted 5/6/2008 3:29:00 PM

(WASHINGTON, D.C., 5/6/08) – A prominent national Islamic civil rights and advocacy group today said an emergency preparedness drill in Illinois, in which a fake “mosque” was stormed by law enforcement authorities, sends the “wrong message” that all Islamic houses of worship may be potential security threats.

The Washington-based Council on American-Islamic Relations (CAIR) said officials from almost 30 government agencies participated in the drill Thursday in Irving, Ill., targeting a community facility that had been re-named the “Irving Mosque” for the purposes of the exercise. In the exercise, officers from the Illinois Law Enforcement Alarm System (ILEAS) stormed the “mosque” using an armored car. One “hostage” was hooked up to an explosive device and the “suspects” in the “mosque” released nerve gas.

SEE: Irving Hosts Emergency Test Drill (Journal-News)
http://www.thejourn al-news.net/ articles/ 2008/05/06/ news/news01. txt

“The use of a fake ‘mosque’ in this type of drill sends the wrong message to law enforcement officials who may now view mainstream institutions, such as Islamic houses of worship, as potential security threats,” said Ahmed Rehab, executive director of CAIR’s Chicago chapter (CAIR-Chicago) . “Officials must be trained in dealing with hostage-taking and responding to chemical, biological or bomb attacks. We are only questioning the wisdom of linking the American Muslim community and its institutions to such incidents.”

Rehab noted that FBI Director Robert Mueller recently cited cooperation from American Muslims in maintaining national security. At a congressional hearing in April, Mueller said: “And every opportunity I have, I re-affirm the fact that 99.9 percent of Muslim-Americans or Sikh-Americans, Arab-Americans are every bit as patriotic as anybody else in this room, and that many of our cases are a result of the cooperation from the Muslim community in the United States.”

Last month, CAIR’s chapter in Pennsylvania (CAIR-PA) called on police training officials in that state to offer a Muslim perspective in a mandatory police training class because of concerns that the class may present stereotypical views of Islam and Muslims.

SEE: Penn. Muslims Seek ‘Balance’ in Police Training on Islam
http://www.cair. com/ArticleDetai ls.aspx?mid1= 777&&ArticleID=24681&&name=n&&currPage=1

CAIR, America’s largest Islamic civil liberties group, has 35 offices and chapters nationwide and in Canada. Its mission is to enhance the understanding of Islam, encourage dialogue, protect civil liberties, empower American Muslims, and build coalitions that promote justice and mutual understanding.

CONTACT: CAIR-Chicago Executive Director Ahmed Rehab, 202-870-0166, E-Mail: arehab@cair. com; CAIR National Communications Director Ibrahim Hooper, 202-488-8787 or 202-744-7726, E-Mail: ihooper@cair. com; CAIR Communications Coordinator Amina Rubin, 202-488-8787, E-Mail: arubin@cair. com

www.montrealmuslimn ews.net

===

-muslim voice-
____________ _________ _________ ________
BECAUSE YOU HAVE THE RIGHT TO KNOW
_

Pendaftaran anak tidak sah taraf di JPN dan golongan "Secular Zealot"

“umar faruqi” faruqi03@yahoo.com

Pendaftaran anak tidak sah taraf di JPN dan golongan “Secular Zealot”
Dilulus terbit pada Monday, May 12 @ 06:53:48 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh anak_perelih

 Selepas membaca artikel Hukum nikah masa mengandung oleh Pitsman di Tranungkite, saya ingin berkongsi cerita akan apa yang berlaku di blog saya baru baru ini… dan kebimbangan saya akan golongan yang saya lebelkan sebagai “Secular Zealot”. Gelaran tersebut saya gunakan sebagai balasan kepada lebel yang digunakan oleh puak puak ini terhadap golongan yang patuh kepada ajaran Islam dan yang mahukan beberapa peraturan yang dilaksanakan oleh beberapa jabatan Kerajaan terhadap Umat Islam mengikut apa yang agama Islam tetapkan.

Baru baru ini terdapat satu surat ke editor tersiar di Malaysiakini oleh Dr. Yati Hewitt mengenai masalah satu pasangan yang mendapat anak tidak cukup bulan apabila di daftarkan di JPN, kerani disitu membuat pengiraan tarikh perkahwinan dan tarikh kelahiran dan mendapati ianya kurang dari yang sepatutnya dan menulis di ruangan “maklumat bapa” sebagai “tidak diketahu” dan nama bapa sebagai “Bin Abdullah”. Pasangan ini enggan dan meninggalkan kaunter.

Isu ini telah dikomen oleh seorang non Muslim yang mempersoalkan tindakan kerani JPN tersebut.. dan saya, membalas dengan menerangkan ianya adalah prosedur JPN mengikut yang dikehendaki Islam kerana pasangan tersebut adalah beragama Islam…

lantaran itu, saya juga menyiarkan balasan saya kepada Malaysiakini tersebut itu didalam blog saya

Illegitimate Muslim children and JPN

Selepas itu, kerana posting blog saya mempunyai perkataan “malaysiakini” , maka ianya disenaraikan pada ruangan “Mkini in Blogs” di halaman Malaysiakini. Lantaran itu saya menerima pelawat yang agak banyak, iaitu hampir 900 hits dalam masa 36 jam.

Dalam posting saya tersebut, beberapa orang yang mengaku beragama Islam memberikan komen yang saya boleh katakan sebagai komen “orang jahil” yang mempertikaikan JPN kerana bertindak sebagai “extension of the Syariah family law system”.. dan kerana JPN adalah “JPN is a non-Syariah government agency under the Ministry of Home Affairs” dan “supposedly secular bodies (i.e. JPN)”, oleh itu JPN tidak berhak mengadakan peraturan yang berunsurkan Islam kepada orang Islam. Anda boleh baca sendiri komen mereka ini.

Apa yang ingin saya ketengahkan adalah akan bahaya yang dibawa oleh mereka mereka ini yang saya balas anggap sebagai “secular Zealot” yang begitu taksub dengan fahaman secular mereka sehingga membelakangan agama Islam mereka sendiri walaupun Mereka ini agak agresif dan mempunyai “seige mentality” dan boleh saya sifatkan mereka ini agak jahil. Mereka memberikan lebel “religious zealots” kerana kebencian mereka kepada adanya unsur unsur agama (Islam) didalam beberapa aspek kehidupan manusia. Pada mereka agama adalah isu peribadi yang unsur unsurnya tidak sepatutnya muncul didalam bentuk peraturan atau undang undang atau tindakan oleh badan badan kerajaan seperti JPN.

Anda boleh melawat blog mereka melalui link profile nama mereka yang dipaparkan pada komen yang di buat.
Azrul Mohd Khalib
tzarina

Selain dari itu, blogger mahaguru58 juga mengalami “pengalaman” dengan salah seorang dari puak puak ini… sila lihat untuk mengetahui kisahnya…
Pilih Islam atau Bangsa Melayu – Jawapan kepada Satria Asia

Mungkin ada rakan rakan yang mempunyai idea untuk membawa/menyedarkan mereka kembali kepada pemahaman mengenai ajaran Islam.

Anak perelih
http://anakperelihb log.blogspot. com/